Cari @ Amanz

Celcom kini telah mula memperkenalkan sokongan VoWiFi (Voice over WiFi) untuk para pengguna iPhone. Anda hanya perlu mengemaskini kepada iOS 15.6, dan boleh mengaktifkan ciri ini pada iPhone anda hari ini.

Melalui ciri ini, ia memudahkan pengguna untuk terus menikmati panggilan suara dengan jelas melalui penggunaan rangkaian WiFi – terutamanya dikawasan liputan Celcom rendah, seperti di bangunan tinggi atau di pedalaman. Ciri ini bergantung kepada sambungan rangkaian WiFi yang stabil dan laju.

Sebelum ini, ciri ini telah diperkenalkan pada peranti Huawei dan Vivo terpilih. Namun, melalui kemaskini untuk iOS 15.6 hari ini, ciri VoWiFi turut ditambah untuk pengguna peranti iPhone.

Anda hanya perlu kemaskini ke iOS 15.6, dan seterusya ke halaman Settings > Mobile Data > Wifi Calling untuk mengaktifkannya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd