Carian
Tablet Honor Pad 8 Dilancarkan Dengan Snapdragon 680
July 22, 2022 Amy Maizuraa

Honor Pad 8 telah dilancarkan secara rasmi sebagai model kemas kini buat Honor Pad 7 yang diumumkan sebelum ini. Tablet ini dilengkapi skrin sebesar 12-inci IPS LCD (2000 X 1200 piksel), dijana cip Snapdragon 680, memori 4GB RAM, storan dalaman 128GB dan bateri 7250mAh yang menyokong pengecasan pantas 22.5W.

Kamera utama dan swafoto menggunakan sensor sebesar 5-Megapixel. Seterusnya, lapan pembesar suara dengan teknologi audio Honor Histen turut disertakan pada tablet. Lain-lain spesifikasi termasuklah port sambungan USB-C, bluetooth 5.1, menjalankan MagicUI 6.1 dan sebagainya. Di China, Honor Pad 8 dijual pada RMB1499 (~RM987).

Komen