Satelit MEASAT-3d Memulakan Perkhidmatan Komersial

Diterbitkan pada July 22, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Selepas sebulan dilancarkan dari Kouru, Guiana Peranci, satelit MEASAT-3d memulakan perkhidmatan komersial selepas diserahkan secara rasmi oleh Airbus Defence and Space. Penyerahan dilakukan lebih awal daripada jadual selepas ia berjaya menyempurnakan ujian di orbit.

MEASAT-3d ialah satelit multi-fungsi yang dijangka akan beroperasi sehingga 18 tahun. Ia mempunyai kemampuan muatan jalur-C dan jalur-Ku untuk perkhidmatan video dan Direct-to-Home (DTH) dan muatan jalur-Ka untuk penawaran internet jalur lebar berkelajuan tinggi . Ini adalah bagi menyokong sasaran Jalinan Digital Negara (JENDELA) oleh Kerajaan Malaysia bagi mencapai 100% liputan Internet menjelang 2025.

Selain itu satelit itu turut menyediakan muatan jalur Q/V yang pertama seumpamanya di rantau Asia Pasifik membolehkan MEASAT mengkaji kesan penyebaran frekuensi radio di kawasan mengalami hujan lebat seperti di Malaysia yang akan membantu proses merekabentuk satelit generasi yang seterusnya.

Akhir sekali MEASAT-3d turut membawa muatan untuk KTSAT yang akan digunakan menambah baik ketepatan isyarat GPS untuk kapal terbang serta meningkatkan lagi keselamatan penerbangan pesawat di Korea Selatan.

komen


© Amanz / 2022 Kami