Jurutera Google Blake Lemoine yang pada Jun lalu mendakwa kecerdasan buatan Language Model for Dialogue Applications (LaMDA) mencapai makhluk berakal (sentient) telahpun dipecat. Sebelum ini beliau sekadar digantung tetapi pemecatan dilakukan kerana beliau melanggar polisi syarikat mengenai keselamatan data dan garis panduan yang perlu dipatuhi oleh kakitangan Google.

Lemoine turut mendakwa LaMDA mempunyai perasaan dan emosi dalam perbualan yang dilakukan secara dua hala. Dakwaan beliau telah disangkal bukan sahaja oleh Google tetapi penyelidik kecerdasan buatan dari luar syarikat.
LaMDA dibangunkan oleh Google untuk menghasilkan kecerdasan buatan yang mampu melakukan perbualan seperti manusia sebenar. Ia amatlah berguna untuk pembantu maya seperti Google Assistant yang kini boleh melakukan panggilan telefon dengan manusia sebenar di beberapa negara seperti Amerika Syarikat. Antara yang telah dilakukan ialah melakukan tempahan restoran dan memesan barang menggunakan telefon dari syarikat yang tidak mempunyai perkhidmatan edagang.
- Sumber
- Sumber – Reuters