Windows 8.1 Kini Papar Skrin Tarikh Tamat Sokongan – Pada Januari 2023

Diterbitkan pada July 24, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Microsoft sedia nyatakan Windows 8.1 akan tamat pada Januari 2023 kelak, dan selari dengannya, kini Microsoft telah mula memaparkan notis penamatan sokongan pada komputer yang masih menjalankan Windows 8.1.

Melalui skrin amaran yang diperlihatkan, Microsoft menyatakan sokongan kemaskini sekuriti dan teknikal untuk komputer Windows 8.1 akan ditamatkan pada 10 Januari 2023, dan pengguna diminta beralih ke sistem operasi terkini.

Sekiranya anda masih menjalankan Windows 8.1, anda dinasihatkan menaik-taraf sistem operasi anda kepada Windows 10 atau Windows 11 – sekaligus menikmati pelbagaii ciri-ciri baru yang disertakan.

komen


© Amanz / 2022 Kami