Jabatan Pertahan A.S Ingin Pesawat Dengan Tubuh Merangkap Sayap Menjelang 2026

Diterbitkan pada July 25, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Pesawat dengan rekaan tubuh yang juga merangkap sayap telah diuji sejak 1924. Rekaan ini akan meningkatkan keluasan sayap dengan tubuh turut menjana daya angkat ketika pesawat terbang. Tetapi rekaan ini kurang stabil dan hanya penggunaan komputer membolehkan pesawat seperti Northrop-Grumman B-2 Spirit terbang dengan selamat.

Selepas hampir seratus tahun inovasi ini diperkenalkan dalam dunia aeroangkasa, Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (DoD) ingin menjadikan rekaan tubuh merangkap sayap (Blended Wing Body) menjadi realiti menjelang 2026.

Syarikat yang mempunyai rekaan diminta menghantarnya kepada DoD untuk dipilih dan kemudian diberikan kontrak untuk membina prototaip pertama menjelang 2026. Rekan perlu mempunyai kecekapan aerodinamik 30% lebih baik berbanding sebuah Boeing 737 atau Airbus A330. Dengan penggunaan enjin lebih moden pula, pesawat perlu mempunyai kecekapan penggunaan bahan api 60% lebih baik berbanding pesawat sedia ada.

Dua tahun Airbus memperlihatkan konsep pesawat penumpang MAVERIC (Model Aircraft for Validation and Experimentation of Robust Innovative Controls) yang menggunakan tubuh sebagai sayap. Boeing pula bekerjasama dengan NASA untuk menghasilkan UAV X-48 juga dengan rekaan yang serupa.

komen


© Amanz / 2022 Kami