Koss memfailkan saman ke atas Apple pada tahun 2020 kerana didakwa menggunakan paten teknologi fon telinga nirwayar milik mereka tanpa kebenaran. Minggu ini dan beberapa hari sebelum kes dibicarakan, Apple dilaporkan menyelesaikan kes di luar mahkamah dengan terma dan syarikat tidak didedahkan kepada umum.

Koss telah memfailkan saman ke atas Apple, Bose dan PEAG LLC (yang menghasilkan peralatan audio untuk Plantronics dan Skullcandy) pada Julai 2020. Menurut Koss pelbagai paten yang dimiliki mereka kini digunakan oleh syarikat-syarikat tersebut untuk menghasilkan aksesori audio mereka.
Pada tahun 2012, Koss melancarkan Striva yang dipasarkan sebagai fon telinga nirwayar WiFi pertama dunia bagi menyelesaikan masalah bluetooth yang tidak mampu memberikan pengalaman audio yang memuaskan Pelbagai paten telah difailkan ketika membangunkan Striva. Walaupun Striva tidak berjaya, Koss percaya lima teknologi yang dipatenkan telah digunakan tanpa kebenaran oleh syarikat-syarikat yang disaman.