Modul Makmal Angkasa Wentian Berjaya Berlabuh Dengan Modul Tianhe

Diterbitkan pada July 26, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

China ingin membina stesen angkasa lepas Tiangong mereka selepas kejayaan melancarkan makmal angkasa sejak 2011. Langkah diambil oleh China untuk membina stesen angkasa secara berdikari kerana mereka diharamkan dari Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS). Semalam modul makmal angkasa Wentian telah berjaya berlabuh dengan model Tianhe selepas ia dilancarkan pada Ahad lalu.

Wentian dan Tianhe adalah dua daripada tiga modul yang diperlukan bagi membentuk stesen angkasa Tiangong. Modul ketiga Mengtian akan dilancarkan pula pada bulan Ogos. Modul Wentian akan menjadi makmal biologi dan sains program angkasa lepas China.

Dengan panjang 17.9 meter, lebar 4.2 meter dan seberat 20 tan Wentian ialah objek yang paling berat pernah dilancarkan China ke angkasa lepas. Tiga taikonaut di Tianhe telah memasuki model dan mendapati ia tiba dengan selamat. Fasa seterusnya ialah untuk memutarkan modul Wentian sebanyak 90 darjah bagi melakukan sambungan sisi bagi membentuk stesen berbentuk salib.

Fasa ini adalah yang paling mencabar kerana akan menjadi kali pertama China melakukan pemasangan modul di angkasa lepas dengan bantuan tangan robot. Apabila siap menjelang penghujung 2022 kelak, ia hanya sebesar 20% ISS dengan ruang untuk tiga angkasawan sahaja pada satu-satu masa. Seperti ISS, China bercadang menawarkan lawatan kepada pelancong.

komen


© Amanz / 2022 Kami