Pakar Cip Apple Dilaporkan Menyertai Samsung
July 26, 2022
Lain-lain
Effi Saharudin
Seorang pakai cip dan semikonduktor Apple dilaporkan telah menyertai pesaing terhampir mereka Samsung. Kim Woo-Pyeong yang bertugas sebagai pakai cip di Apple sejak 2014 menyertai Samsung sebagai pengarah pusat baharu dalam pembungkusan cip.

Sebelum bertugas di Apple, beliau pernah bertugas di Texas Instrument dan Qualcomm. Tahun ini Samsung menjadi syarikat pertama mengeluarkan cip berteknologi 3nm. Ini adalah bagi memberikan saingan lebih sengit kepada TSMC yang dikhabarkan akan menerima kontrak menghasilkan cip 3nm Apple.
[sumber] Sumber – Business Korea [/sumber]
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.