Cari @ Amanz

Beberapa peranti baharu telah dilancarkan oleh Huawei dalam sebuah acara pelancaran di Bangkok pada hari ini. Tiga daripadanya iaitu Huawei MatePad Pro 11, Huawei MateBook X Pro dan Huawei Freebuds Pro 2 telah disahkan bakal dipasarkan ke Malaysia dalam masa terdekat.

Huawei Malaysia bagaimanapun tidak pula mendedahkan dengan lebih lanjut mengenai tarikh pelancaran khusus. Sebaliknya, mereka mengatakan perkembangan lebih lanjut akan dikongsi dari masa ke semasa. Kekal dengan Amanz kerana kami akan mengemaskini mengenainya untuk perkongsian bersama.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd