Digi Mengalami Gangguan Rangkaian Disebabkan Oleh Ketiadaan Bekalan Elektrik

Diterbitkan pada July 27, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Digi kini menyatakan pengguna di beberapa kawasan di Semenanjung Malaysia mungkin mengalami gangguan rangkaian telekomunikasi.

Digi menyatakan perkara ini berlaku akibat gangguan bekalan elektrik oleh Tenaga Nasional Berhad, yang dialami sejumlah kawasan.

Buat masa ini, Digi tidak menyatakan bilakah masalah ini akan selesai – dan ia bergantung kepada kepantasan TNB mengatasi masalah bekalan elektrik di seluruh kawasan seperti sedia kala kembali.

komen


© Amanz / 2022 Kami