Bekalan Elektrik Kini Pulih Sepenuhnya – TNB Berkongsi Apa Yang Terjadi

Diterbitkan pada July 27, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Pada tengah hari tadi, gangguan bekalan elektrik berlaku, memberikan kesan kepada pengguna di sejumlah lokasi, terutamanya di Lembah Klang. Kini, selepas beberapa jam mengalami gangguan, Tenaga Nasional mengesahkan bekalan elektrik kembali pulih sepenuhnnya sejak 3.02 petang tadi.

Mengulas lanjut mengenainya, TNB mengatakan gangguan bekalan berlaku sekitar 12.39 tengah hari, berpunca daripada kerosakan di salah satu peralatan di Pencawang Masuk Utama (PMU) Yong Peng North, di Yong Peng, Johor.

Ini sekaligus telah mengakibatkan kehilangan beban sebanyak 2.2GW yang merupakan 10% daripada keseluruhan permintaan bekalan di Semenanjung Malaysia.

Disebabkan itu gangguan sementara berlaku, dan TNB telah berjaya memulihkan gangguan bekalan secara berperingkat seawal 20 minit gangguan berlaku.

Sebelum ini, gangguan bekalan elektrik pernah berlaku pada 1986 kerana tersandung talian penghantaran elektrik. Disamping itu, pada 1996 lepas, gangguan turut berlaku seluruh Malaysia disebabkan kerosakan di pusat janakuasaa di Paka, Terengganu.

komen


© Amanz / 2022 Kami