Spotify Menghentikan Pengeluaran Car Thing

Diterbitkan pada July 27, 2022. oleh .

Spotify Car Thing dilancarkan tahun lalu dengan ia hanya dibeli selepas mendapat jemputan sebelum ia jualan terbuka sejak Februari lalu. Dalam laporan kewangan yang diterbitkan hari ini, Spotify mengumumkan mereka telah menghentikan pengeluaran Car Thing.

Cabaran rantaian bekalan dan permintaan memaksa Spotify menghentikan pengeluaran produk yang baru setahun jagung. Kerugian €31 juta (~RM140 juta) dicatatkan atas keputusan menamatkan pengeluar Car Thig. Produk masih dijual menerusi laman Car Thing dengan ia kini boleh dimiliki pada harga $50 yang sekitar separuh harga asal $90 sebuah.

Dengan semakin banyak sistem infohibur menyokong aplikasi Spotify, keperluan untuk sebuah pemain muzik khas tidak begitu tinggi.

komen


© Amanz / 2023 Kami