Carian
Pesawat Pejuang Tempest Akan Dilengkapi Helmet Yang Membaca Otak Juruterbang
July 27, 2022 Effi Saharudin

Pesawat pejuang Tempest akan menjadi pesawat barisan hadapan utama yang digunakan oleh Tentera Udara Diraja Britain dengan ia dijangka memulakan operasi pada tahun 2035. Projek masih lagi di peringkat awal tetapi beberapa teknologi baharu yang belum pernah digunakan pada pesawat pejuang disahkan akan digunakan seperti helmet yang membaca gelombang otak juruterbang.

Sensor yang helmet boleh mengesan juruterbang sedang tertekan atau pengsan ketika mengawal pesawat. Sistem swaterbang kemudian akan mengambil alih tugas menerbangkan pesawat dalam situasi sebegini.

Sebelum ini BAE Systems yang membangunkan Tempest berkata pesawat ini juga akan dilengkapi kokpit boleh-pakai pertama dengan terdapat skrin pada lengan juruterbang sementara skrin dan tombol fizikal akan digantikan dengan paparan maya pada topi keledar yang dipakai juruterbang.

Komen