Bekas Eksekutif Lamborghini Dilantik Mengepalai Projek Kereta Apple

Diterbitkan pada July 28, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Project Titan yang merupakan usaha Apple untuk membangunkan kereta elektrik pertama mereka berhadapan pelbagai isu dengan peletakan jawatan, pengurangan tenaga kerja dan kurangnya kepercayaan dari dalam syarikat. Kerjasama dengan Hyundai dibatalkan dan kini syarikat Korea ini telahpun mengeluarkan beberapa kenderaan elektrik mereka sendiri yang mendapat pujian industri.

Apple Store Kereta

Menurut laporan Bloomberg, Project Titan kini dikepalai oleh Luigi Taraborrelli yang merupakan bekas eksekutif di Lamborghini. Semasa di Lamborghini, beliau terlibat dengan pembangunan Urus, Huracan dan Aventador. Sepanjang 20 tahun di Lamborghini, Taraborrelli bertugas di bahagian penyelidikan dan pembangunan.

Pengalaman beliau diperlukan oleh Apple kerana mereka tidak mempunyai pengalaman membina kereta selama ini. Selain Apple, Xiaomi dan Huawei turut memberikan tumpuan kepada pembangunan kereta elektrik kerana dilihat sebagai evolusi maakul sebuah syarikat teknologi.

komen


© Amanz / 2022 Kami