Cari @ Amanz

Teknologi terkini telah akan digunakan di atas padang untuk mengesan ofsaid ketika Piala Dunia Qatar kelak. Pada waktu yang sama teknologi VAR telah digunapakai untuk menyelesaikan isu keputusan tidak adil oleh wasit. Kini teknologi terkini digunakan pula oleh Manchester City untuk membangunkan selendang pintar.

Selendang pintar ini dibangunkan dengan kerjasama penaja kelab Cisco. Sensor nadi, pergerakan, dan suhu untuk menjejak emosi peminat ketika menonton aksi di atas padang. Menerusi data yang dikumpul, kelab boleh mengetahui apakah aksi yang paling mengujakan, mencemaskan dan menarik dari pandangan penonton.

Selendang pintar ini hanyalah sekadar sebuah prototaip yang dihasilkan untuk menunjukkan bagaimana data boleh digunakan untuk memahami lagi peminat dan teknologi semasa boleh memintarkan selendang yang semalam ini sekadar dililit di leher ketika menonton acara sukan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd