YouTube Menawarkan Ciri Pantas Mengubah Video Biasa Ke Shorts

Diterbitkan pada July 29, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Seperti Instagram, YouTube juga ingin menentang cabaran dari TikTok dengan menawarkan ciri video pendek pada platform mereka. Oleh itu Shorts mula diperkenalkan dua tahun lalu. Bagi memudahkan penghasilan video Shorts, YouTube telah menawarkan ciri yang membolehkan video sedia ada disunting semula menjadi Shorts pada aplikasi Android dan iOS.

Terdapat butang “Edit into Shorts” pada antaramuka YouTube. Pemilik video kemudian boleh mengambil klip video sehingga 60 saat yang juga akan disunting untuk kelihatan menegak. Ia kemudiannya akan diterbitkan semula sebagai video Shorts. YouTube percaya video Shorts boleh mengajak penonton untuk kemudiannya menonton video yang lebih panjang yang diterbitkan.

komen


© Amanz / 2022 Kami