Intel Menutup Perniagaan Memori Optane Dengan Kerugian $559 Juta
July 29, 2022
Intel
Effi Saharudin
Intel mengumumkan penutupan perniagaan memori Optane mereka dengan kerugian $559 juta (~RM 2.5 bilion) dalam bentuk inventori yang masih disimpan. Keputusan ini tidak mengejutkan kerana tahun lalu Intel tidak lagi menjual memori Optane kepada pengguna dengan tumpuan diberikan kepada pelanggan perniagaan sahaja.

Micron yang menghasilkan memori dan storan Optane untuk Intel telah menjual kilang yang menghasilkan cip kepada HK Hynix. Walaupun tiada cip baharu dihasilkan, Intel dilaporkan masih mempunyai inventori selama beberapa tahun. Intel akan terus memberikan sokongan kepada pelanggan sedia ada.
[sumber] Sumber – Tom’s Hardware [/sumber]
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.