Game Dashboard Akan Ditawarkan Kepada Peranti Android Terpilih Bermula Android 13
Fahim Zahar
Dalam Android 12, Google menyertakan ciri mod permua yang digelar Game Dashboard khusus untuk pengguna peranti Pixel. Ia adalah mod permua Android tersendiri yang bukan dibina oleh pengeluar peranti seperti Game Launcher oleh Samsung, Game Turbo oleh Xiaomi, Shark Space oleh Black Shark dan banyak lagi.
Dengan Game Dashboard ia membenarkan pengguna kawal kiraan FPS, ambil tangkapan layar, merakam skrin, memilih profil seperti Performance, Standard atau Battery Saver serta terus menstrim secara langsung ke YouTube secara terus melalui permua.

Terkini, Google menyatakan yang Game Dashboard tidak lagi akan menjadi ciri eksklusif untuk Pixel. Melalui kemaskini Google Play Services pada Android 13 akan datang, ciri ini akan ditawarkan kepada beberapa peranti Android yang terpilih.
Buat masa ini masih tidak jelas, peranti manakah yang akan menerimanya dan bila ia akan ditawarkan. Sumber menyatakan yang Pixel 6a juga sehingga hari ini masih belum boleh menggunakan ciri ini.