Belum Lagi Dilancarkan Secara Meluas, Harga Langgan Twitter Blue Kini Meningkat

Diterbitkan pada July 29, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Twitter Blue adalah pelan langganan tersendiri Twitter yang menawarkan ciri eksklusif yang tidak boleh digunakan oleh pengguna percuma. Antara ciri ini adalah Undo Tweet, ubah ikon, mod membaca untuk bebenang, ciapan tanpa iklan, dan beberapa lagi.

Pelan ini masih lagi belum ditawarkan secara meluas dan terhad di beberapa negara terpilih sahaja. Ketika pelancaran, harga langganan adalah $2.99 atau jika anda bernasib baik di iOS harga dalam mata wang Malaysia akan dipaparkan iaitu RM12.90

Terkini, Twitter mula menaikkan harga langganan pelan ini kepada $4.99 atau RM22.90. Dalam emel yang diterima oleh pelanggan, kenaikan harga langganan ini dikatakan adalah untuk membantu pasukan Twitter membina ciri yang diminta oleh pengguna dan memastikan pengalaman penggunaan adalah lebih baik dan meneruskan misi mereka menyokong kewartawanan.

Pengguna yang setia dengan Twitter Blue dikatakan dapat melanggan pada harga lama sehingga Oktober dan akan menerima notis 30 hari sebelum dikenakan caj baharu. Saya pernah menggunakan perkhidmatan Twitter berbayar seperti Tweetbot dan Twitter Blue, untuk saya ia sedikit berbaloi pada ketika itu. Tetapi dengan harga RM22.90 ini, saya rasakan ia agak mahal.

komen


© Amanz / 2022 Kami