MrBeast Mencapai Lebih 100 Juta Pelanggan Di YouTube – Saluran Kelima Mencapai Angka Tersebut

Diterbitkan pada July 29, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

MrBeast, salah satu saluran popular di YouTube, kini telah mencatatkan rekod tersendiri apabila berjaya mencapai angka 100 juta pelanggan pada saluran YouTube beliau.

MrBeast telah mula memuat-naik video sejak 2012 lepas, dan turut menghasilkan video-video yang memberikan sejumlah wang yang besar, termasuk popular dengan video berbentuk cabaran seperti Squid Game sebelum ini.

Dengan rekod ini, MrBeast menjadi saluran kelima dengan angka pengguna paling tinggi di YouTube. Antara saluran YouTube popular lain adalah T-Series (221 juta pelanggan), Cocomelon (139 juta pelanggan), SET India (138 juta pelanggan) dan PewDiePie (111 juta pelanggan).

Sebelum ini, MrBeast turut mencatatkan rekod tersendiri sebagai “youtuber” dengan pendapatan paling tinggi pada 2021 lepas. Selain saluran utama, MrBeast turut mempunyai sekitar 18 saluran berbeza lain dibawah rangkaian MrBeast.

komen


© Amanz / 2022 Kami