Cari @ Amanz

Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan diberikan rebat kepada pengguna terjejas dengan gangguan elektrik pada awal minggu ini.

Sebelum ini, pada hari Rabu lepas, berlakunya kerosakan di salah satu peralatan di Pencawang Masuk Utama (PMU) TNB di Yong Peng North, sekaligus memberikan kesan kepada bekalan tenaga elektrik sebanyak 10% di Semenanjung Malaysia. Ini sekaligus membuatkan TNB mencatu sementara bekalan di beberapa kawasan, membawa kepada gangguan elektrik untuk sekitar dua jam lebih.

Menteri mengatakan kelak pengguna boleh lakukan tuntutan rebat sekiranya terkesan dengan gangguan ini.

Maklumat lanjut berkenaan dengannya akan dikongsikan selepas ia dibentangkan di Parlimen pada 4 Ogos kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd