Cari @ Amanz

China sebelum ini telah melancarkan roket Long March 5B pada 24 Julai 2022 lepas, dalam usaha menghantar modul Wentian dengan seberat 23,000 kilogram ke Stesen Angkasa Tiangong. Susulan daripadanya, peringkat teras roket Long March 5B telah memasuki orbit rendah Bumi dalam melepaskan modul. Dan disebabkan oleh seretan atmosfera yang kuat, serpihan roket ini memasuki atmosfera Bumi semula.

Lanjutan daripadanya, pemantauan Agensi Angkasa Malaysia mendapati kemasukkan semula serpihan roket Long March 5B ke ruang udara Bumi telah dikesan pada 0.55 pagi, 31 Julai 2022 waktu Malaysia.

Serpihan roket berkenaan telah terbakar ketika memasuki semula ruang udara Bumi, dan pergerakan serpihan yang terbakar turut melintasi ruang udara Malaysia, serta dapat dikesan di beberapa kawasan termasuk ruang udara sekitar Sarawak.

Sisa serpihan berkenaan direkodkan jatuh di sekitar Laut Sulu.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd