Samsung Menafikan Mereka Akan Berhenti Mengeluarkan Cip Exynos

Diterbitkan pada July 31, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Minggu lalu Qualcomm mengumumkan syarikat akan menyambung kontrak membekalkan cip Snapdragon kepada Samsung selama tiga tahun lalu. Qualcomm berkata mereka akan meningkatkan peratusan peranti Galaxy S dengan cip Qualcomm pada tahun 2023. Mula kedengaran ura-ura bahawa Samsung akan berhenti pula mengeluarkan cip Exynos dalam masa terdekat dengan siri Galaxy S23 menggunakan Snapdragon sepenuhnya.

Samsung telah mengeluarkan kenyataan menyangkal bahawa mereka akan berhenti mengeluarkan cip Exynos. Syarikat sebaliknya akan meningkatkan daya sain Exynos dan meneruskan kerjasama dengan syarikat lain untuk meningkatkan peratusan penggunaan cip keluaran mereka.

Dengan prestasi Exynos 2200 mengecewakan tahun ini serta pelbagai isu prestasi, Samsung akan akhirnya menghasilkan cip Eyxnos yang direka khusus untuk peranti Galaxy menjelang 2025. Terdapat juga ura-ura mengatakan Samsung mungkin akan menghasilkan cip baharu kelak tetapi menggunakan nama baharu tanpa perlu risau terpalit dengan nama Exynos yang bermasalah.

komen


© Amanz / 2022 Kami