Siri Samsung Galaxy S23 Mungkin Akan Hanya Menggunakan Cip Snapdragon
Effi Saharudin
Siri Samsung Galaxy hadir dengan cip Snapdragon 8 Gen 1 dan Exynos 2200. Di Malaysia kesemua peranti siri ini dilengkapi cip Snapdragon 8 Gen 1. Dalam laporan kewangan terkini Qualcomm, Christano Amon CEO syarikat mengumumkan kerjasama sehingga 2030 telah ditandatangani dengan Samsung untuk terus menggunakan cip Snapdragon. Kerjasama penggunaan cip ini akan merangkumi teknologi 3G, 4G, 5G dan juga 6G.

Yang menjadikan pengumuman ini menarik ialah pendedahan 75% peranti Galaxy S22 menggunakan cip Snapdragon 8 Gen 1 dan Amon percaya peratusan ini akan meningkat pada siri Galaxy S23 tahun hadapan. Ini mengesahkan ura-ura sebelum ini yang mengatakan siri Galaxy S23 tidak akan menggunakan cip Exynos.
Kegagalan Exynos 2200 memaksa Samsung untuk kembali ke meja rekaan dan menghasilkan cip Exynos khusus untuk peranti Galaxy. Walaupun dikeluarkan oleh Samsung Semiconductor, cip Exynos direka untuk digunakan oleh pengeluar lain tanpa ciri khusus peranti Galaxy. Cip Eyxnos untuk Galaxy ini dijangka akan hanya dilancarkan 2025. Keseriusan Samsung terserlah dengan mereka mengambil bekas pakar cip Apple minggu ini.
[sumber] Sumber – @mingchikuo [/sumber]