Kominfo Indonesia Meminta Maaf Kepada Golongan Gamer Kerana Menghalang Steam

Diterbitkan pada Ogos 1, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Minggu lalu Kementerian Komunikasi dan Informatika Indonesia (Kominfo) mula menghalang beberapa perkhidmatan dan laman atas talian yang tidak mendapatkan permit PSE yang membolehkan mereka beroperasi dalam negara. Antara yang terkesan ialah Steam dan Epic Games yang ketika artikel ini ditulis masih dihalang aksesnya.

Semalam Ketua Pengarah Kominfo Semuel Abrijani Pangerapan memohon maaf kepada golongan gamer kerana menghalang Steam. Menurut beliau langkah perlu diambil bagi memenuhi keperluan undang-undang negara. Beliau yang juga mengaku seorang gamer berkata pihak Steam misalnya sudahpun menunjukkan akan memohon permit yang diperlukan. Sejurus selepas ini dilakukan, halangan ke atas Steam akan ditarik.

Pada waktu yang sama Kominfo telah memberikan akses sementara selama lima hari kepada Paypal bagi membolehkan warga Indonesia memindahkan dana yang disimpan sebelum ia kembali dihalang sekiranya tidak memohon permit PSE.

komen


© Amanz / 2022 Kami