Realme Narzo 50i Prime Bakal Ditawarkan Di Malaysia Tidak Lama Lagi

Diterbitkan pada Ogos 1, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Sebagai usaha untuk terus mengukuhkan kedudukannya di pasaran, Realme dilihat bakal mengembangkan lagi penawaran produknya di Malaysia. Melaluinya, Realme Narzo 50i Prime akan dilancarkan sebagai model kema kini buat siri Realme Narzo 50 yang diumumkan sebelum ini.

Perkongsian di Facebook rasmi menunjukkan rekaan yang sama seumpama Realme Narzo 50i Prime yang diumumkan di beberapa pasaran luar sebelum ini. Namun persoalannya, masih belum dapat dipastikan sama ada Realme akan mengekalkan perkakasan dalaman yang sama atau sebaliknya.

Tetapi sekiranya sama, ia kelak akan menggunakan 6.5 inci LCD HD+, cip Unisoc T612, bateri 5000mAh, kamera utama 8-Megapixel dan kamera hadapan 5-Megapixel. Seperti biasa, sama-sama kita nantikan perkongsian lebih lanjut daripada pihak Realme Malaysia berhubung perkara ini.

komen


© Amanz / 2022 Kami