Epidemik HIV/AIDS menjadi perhatian ramai di dekad 80an apabila ramai pesakit meninggal dunia di peringkat global. Pergerakan mencari rawatan kepada HIV mendapat lebih banyak sambutan dengan kematian artis popular Freddy Mercury dan Rod Hudson. Selepas lebih empat dekad, pesakit HIV kini tidak lagi dianggap menanti untuk maut kerana rawatan ART sudah cukup maju sehingga penyakit tidak boleh dipindahkan dari pesakit kepada pasangan walaupun melakukan hubungan kelamin.
Kini satu lagi sejarah besar dalam dunia perubatan dicatatkan dengan kejayaan memindahkan jantung dari seorang pesakit HIV ke penerima yang juga dijangkiti HIV. Penerima ialah seorang wanita 60 tahun dari Amerika Syarikat. Pembedahan dilakukan oleh doktor dari Montefiore Health System di New York di awal musim bunga yang lalu.
Di Amerika Syarikat Akta Ekuiti Dasar Organ HIV telah diluluskan sejak 2013 membenarkan pesakit HIV untuk menderma organ mereka kepada pesakit HIV yang lain. Kejayaan ini membuka peluang kepada pesakit HIV untuk menerima organ yang diperlukan untuk meneruskan kehidupan. Ia juga akan meningkatkan jumlah penderma yang seperti sedia maklum lebih rendah berbanding penerima yang memerlukan.