Integrasi Permainan Pada TikTok Mula Kelihatan Untuk Pengguna Di Malaysia

Diterbitkan pada Ogos 2, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Bulan Mei lalu, kami melaporkan yang TikTok sedang menguji integrasi permainan video mudah alih dalam aplikasi mereka. Ketika itu ujian hanya dilakukan di Vietnam dan permainan yang diintegrasikan adalah bentuk HTML5 daripada Zynga.

Kini inregrasi permainan video ini dilihat mula muncul untuk lebih ramai pengguna TikTok, termasuk di Malaysia.

Permainan ini tidak boleh dimainkan begitu sahaja, tetapi pengguna perlu kongsi video dan kemudian sebelum terbit video ada pilihan Tambah Pautan dan di dalamnya ada MiniGame. Dalam MiniGame dilihat terdapat 11 pilihan permainan yang boleh dikongsi.

Untuk main permainan ini, penonton atau pengikut boleh tekan pautan yang terpapar pada video pengguna yang meletakkan pautan MiniGame ini. Ketika bermain, pengguna turut boleh rakam sesi bermain untuk dikongsi kepada pengikut lain.

Dalam satu laporan daripada TechCrunch, TikTok turut dikatakan akan bekerjasama dengan lebih banyak studio permainan untuk mengintegrasikan permainan video daripada mereka. Antara yang akan terlibat adalah Aim Lab, Nitro Games, FRVR, Voodoo, dan Lotum.

komen


© Amanz / 2022 Kami