WhatsApp kini telah memperkenalkan kemaskini baharu pada aplikasi mereka, membolehkan petadbir atau admin pada sesuatu WhatsApp Group untuk memadamkan mesej yang tidak diingini atau tidak mematuhi sesuatu kumpulan.
Buat masa ini, ciri ini sedang diperkenalkan secara berperingkat kepada pengguna WhatsApp seluruh dunia.
Melaluinya, seseorang pentadbir boleh tap pada sesuatu mesej yang tidak diingini, dan seterusnya memilih untuk memadam. Sebaik sahaja sesuatu mesej tersebut dipadam, ia akan meninggalkan notifikasi pada bahagian mesej tersebut, mengatakan mesej dipadam oleh pentadbir.
Dengan ciri ini, ia akan memudahkan lagi proses pengurusan dan pentadbiran sesuatu WhatsApp Group.
Sebelum ini juga, WhatsApp telah menyokong sehingga 512 orang dalam WhatsApp Groups, selain perkongsian fail sehingga 2GB.