Pelancaran Motorola Razr 2022 Dan X30 Pro Hari Ini Dibatalkan Pada Saat Akhir
Effi Saharudin
Motorola Razr 2022 dan Motorola X30 Pro sepatutnya dilancarkan hari ini. Tetapi di saat akhir laman Weibo Motorola mengumumkan acara ini telah dibatalkan. Tiada sebab diberikan mengapa ini berlaku tetapi spekulasi mengatakan ia berkait rapat dengan situasi tegang antara China dan Taiwan selepas timbul laporan setiausaha Amerika Syarikat Nancy Pelosi akan melawat Taiwan.

Pesawat yang membawa Pelosi terbang dari Lapangan Terbang Antarabangsa Subang petang tadi dengan ia kini di ruang udara Filipina. Dengan ia masih meneruskan perjalanan ke utara, lawatan yang diberikan amaran oleh Beijing kepada pentadbiran Joe Biden ini dipercayai akan diteruskan.
China telah melakukan beberapa latihan ketenteraan di Fujian, berhampiran dengan Selat Taiwan sejak beberapa hari yang lalu dengan Amerika Syarikat pula menghantar kapal pengangkut pesawat ke Timur Taiwan hari ini.
Penangguhan pelancaran peranti ini adalah mengecewakan kerana Razr 2022 ialah peranti boleh lipat mercu pertama Motorola dan X30 Pro dipercayai adalah telefon pertama dengan kamera 200MP.
[sumber] Sumber – Android Authority [/sumber]