Tenaga Nasional Akan Sedia Infrastruktur Pengecasan Kereta Elektrik Sepanjang Lebuhraya PLUS
Aman
Tenaga Nasional Berhad (TNB) kini menyatakan mereka akan menyediakan port pengecasan untuk kenderaan elektrik sepanjang lebuhraya utara-selatan, PLUS. Perkara ini, telah pun dikongsikan oleh TNB pada awal tahun ini, melalui pengumuman kerjasama dengan pihak PLUS.

Selain PLUS, TNB juga dikatakan sedang dalam perbincangan bersama pengurus lebuhraya yang lain, termasuk pihak berkuasa jalan persekutuan.
Mengikut sasaran, TNB mengatakan pasaran EV mempunyai potensi permintaan untuk sekitar 3,300 titik penngecasan menjelang 2025 kelak. Ia juga dijangka akan ditingkatkan kepada 18,000 titik pengecasan menjelang 2030 kelak.
TNB turut menyasarkan sekitar 500,000 kenderaan EV di atas jalan menjelang 2030 kelak.
[sumber]Sumber : TheEdge[/sumber]
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.