Kerajaan Akan Berikan Tablet Samsung Galaxy Tab A8 LTE Dibawah PerantiSiswa

Diterbitkan pada Ogos 4, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Kerajaan hari ini mengesahkan proses tender untuk pemilihan peranti dibawah insiatif PerantiSiswa telah pun selesai dilaksanakan, dan jenama untuk penawaran tablet berkenaan adalah jenama Samsung.

Model yang akan ditawarkan adalah Samsung Galaxy A8 LTE.

Samsung Galaxy A8 LTE hadir dengan skrin bersaiz 10.5-inci, dilengkapi memori 4GB RAM – seperti apa yang ditetapkan oleh kerajaan sebelum in. Pemberian PerantiSiswa juga telah ditetapkan sebelum ini untuk diberikan bersama papan kekunci dan juga stylus, yang mana mungkin menggunakan penawaran pihak ketiga.

Untuk makluman, Samsung Malaysia sedia menawarkan variasi tablet ini dengan 3GB RAM, dan hanya sokongan WiFI sahaja pada harga RM999 sejak Januari 2022 lepas.

Kerajaan akan mula mengedarkan tablet dibawah PerantiSiswa ini secara berperingkat bermula bulan Ogos ini. Setiap tablet juga hadir dengan jaminan selama dua tahun daripada pihak pembekal.

komen


© Amanz / 2022 Kami