OnePlus Berkata Suis Lungsur Sisi Masih Akan Dikekalkan Pada Peranti Mendatang

Diterbitkan pada Ogos 4, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Pada OnePlus 10T 5G, suis lungsur sisi Alert Slider tidak disertakan. Ini adalah keputusan yang menerima reaksi negatif dari peminat dan juga dalam beberapa ulasan awal yang telah diterbitkan. Tetapi OnePlus telah mengesyorkan ketiadaan suis ini tidak bermakna ia akan dihentikan terus dari produk mereka di masa hadapan.

Suis tidak diberikan pada OnePlus 10T kerana kekangan ruang pada peranti. Penggunaan sistem kamera yang besar, bateri yang besar dan pengecasan 150W dikatakan adalah punca mengapa suis tidak ditawarkan pada model ini. Pengguaan suis lungsur tidak lagi eksklusif pada peranti OnePlus dengan ia turut telah diberikan kepada peranti Vivo X Fold dan X Note yang juga merupakan syarikat di bawah payung BBK Electronics.

komen


© Amanz / 2022 Kami