Cari @ Amanz

Penggunaan perkhidmatan penghantaran makanan melonjak naik ketika pandemik semasa kita semua terkurung di rumah. Pada waktu tersebut perkhidmatan seperti Grab dan Foodpanda adalah antara pekerjaan yang tidak terjejas kerana PKP. Tetapi kini sebilangan rakan penghantar Grab dan Foodpanda akan mengadakan mogok selama 24 jam bermula esok.

Tindakan mogok diambil sebagai tanda protes kadar bayaran yang diterima oleh mereka yang didakwa tidak adil. Tular di media sosial poster yang menggesa kedua-dua platform penghantaran makan ini supaya menaikkan bayaran kepada rakan penghantar di platform mereka dan meminta orang ramai untuk tidak melakukan pesanan sepanjang hari sebagai tanda solidariti.

Ini bukan kali pertama tindakan mogok diambil oleh rakan penghantar di Malaysia. Pada tahun 2019 rakan penghantar Foodpanda turut melakukan mogok kerana syarikat didakwa tidak memberikan bayaran yang setimpal.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd