Cari @ Amanz

Shopee hari ini mengemaskini perkhidmatan mereka, dan turut menambah satu lagi kaedah bayaran baharu pada platform edagang mereka, iaitu Apple Pay.

Buat masa ini, ciri ini masih belum diaktifkan lagi, tetapi penambahan ini menandakan ia akan ditambah dan diperkenalkan di Malaysia tidak lama lagi.

Kehadiran ini selari dengan desas-desus mengatakan Apple Pay akan diperkenalkan di Malaysia pada awal Ogos 2022 ini. Malah, sebelum ini, AmBank turut memperlihatkan secara tidak sengaja sokongan Apple Pay akan diperkenalkan di Malaysia.

Apple Pay merupakan perkhidmatan membolehkan pengguna pautkan kad kredit dan debit ke akaun Wallet, seterusnya digunakan dalam tujuan melakukan pembayaran – sama ada secara atas talian, mahupun di kedai.

Dengan penambahan baharu Apple Pay pada Shopee ini, mungkin kita boleh melihat pengenalan ciri ini di Malaysia dalam masa terdekat.

(Terima kasih Wong untuk tips}

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd