Cari @ Amanz

Samsung Gaming Hub ialah hab permainan video yang diberikan kepada televisyen pintar dan monitor pintar tahun 2022 Samsung. Sebelum ini Gaming Hub menyokong Xbox Cloud Gaming, Geforce Now dan Stadia. Kini ia akhirnya turut menyokong platform penstriman permainan vide Amazon Luna.

Amazon Luna mempunyai katalog 250 permainan video. Dengan ini Samsung Gaming Hub kini menyokong lebih 1000 permainan video yang boleh distrim oleh pelanggan yang melakukan langganan. Malang sekali pada waktu ini Amazon Luna hanya ditawarkan kepada pengguna di Amerika Syarikat. Pemilik TV dan monitor pintar terkini Samsung di Malaysia masih belum menggunakan Gaming Hub secara sepenuhnya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd