Teleskop James Webb Mengambil Gambar Galaksi Paling Jauh Pernah Dilihat

Diterbitkan pada Ogos 5, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Sejak memulakan operasi bulan lalu, teleskop angkasa James Webb menunjukkan kemampuannya dengan mengambil gambar galaksi yang kelihatan lebih terang dan pada resolusi lebih tinggi. Kini ia mencatatkan rekod baharu dengan mengambil imej galaksi yang paling jauh pernah direkodkan dalam sejarah.

Galaksi CEERS-93316 dianggarkan terletak 35 bilion tahun cahaya dari bumi. Imej yang berjaya ditangkap ini menunjukkan rupa CEERS-93316 semasa ia berusia 235 juta tahun selepas letupan Big Bang. Kewujudan CEERS-93316 hanya disedari sekarang kerana instrumen kamera infra merah James Webb yang cukup sensitif untuk melihatnya.

komen


© Amanz / 2022 Kami