Semalam Meta menerbitkan laporan bahawa mereka melumpuhkan kegiatan ladang toyol siber (troll farm) pada platform Facebook dan Instagram. Lebih 500 akaun, Pages, Groups dan akan Instagram telah dipadam bagi menghalang kegiatan ini dari berterusan.

Lebih serius ialah Meta berkata aktiviti ladang toyol siber ini dikendalikan oleh Polis Diraja Malaysia dengan tujuan menaikkan sokongan kepada kerajaan, PDRM dan menolak pembangkang. Awal pagi tadi PDRM mengeluarkan kenyataan menyangkal dakwaan Meta. Mereka kini mengumpul maklumat langut mengenai dakwaan ini.