Chatbot BlenderBot 3 Oleh Meta Kini Boleh Dicuba Oleh Pengguna Secara Terbuka

Diterbitkan pada Ogos 7, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Antara harapan pembangun sistem kecerdasan buatan ialah menghasilkan chatbot yang boleh berbual seperti manusia. Ini berjaya dilakukan oleh Google menerusi LaMBDA sehingga penyelidik mendakwa ia mempunyai kesedaran seperti manusia sebenar. Minggu ini Meta mengumumkan akses terbuka kepada BlenderBot3 yang merupakan chatbot dengan kecerdasan buatan.

BlenderBot3 mempunyai kemampuan 175 bilion parameter bagi membolehkan ia berinteraksi dengan manusia dalam pelbagai topik yang ingin dibualkan. Dalam iterasi ketiga BlenderBot, Meta meletakkan beberapa sistem keselamatan bagi memastikan kecerdasan buatan ini tidak “dirosakkan” oleh pengguna yang mengajarnya topik yang boleh dikatakan negatif.

Microsoft misalnya menamatkan projek chatbot Tay mereka di Twitter enam tahun yang lalu selepas ia diajar untuk menggunakan terma mencaci berunsur perkauman oleh pengguna platform media sosial tersebut.

Bagi yang ingin mencuba sendiri BlederBot3 ia boleh diakses menerusi pautan ini tetapi hanya untuk mereka yang tinggal di Amerika Syarikat. Pengguna luar A.S perlu menggunakan VPN untuk mengaksesnya.

komen


© Amanz / 2022 Kami