Meraque Services Sdn Bhd melancarkan dron swapandu pertanian darat pertama Malaysia yang diberi nama RACE (Robotic Agro in Complex Environment). Ia direka untuka melakukan tugas membaja dan menyembur di ladang kelapa sawit tanpa bantuan pekerja manusia.
RACE pertama yang dilancarkan ketika acara Ekspo & Sidang Kemuncak Agrikomoditi Antarabangsa Malaysia (MIACES) di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC) Kuala Lumpur ini mempunyai kapasiti 150 liter. Versi lebih kecil ini direka khusus untuk tugas penyemburan. Sebuah lagi model RACE denan kapasiti 500 liter pual boleh melakukan tugas penyemburan dan juga membaja pada waktu yang sama.
Dron swapandu darat ini dibina secara khusus untuk memenuhi keperluan ladang kelapa sawit tempatan, menyelesaikan masalah kekurangan buruh, menstabilkan pengeluaran hasil tanaman dan kos yang semakin meningkat tinggi.
RACE bukan dron pertanian pertama Malaysia kerana sebelum ini dron terbang untuk tujuan pemantauan dan menyembur racun telah diperkenalkan oleh FELCRA pada tahun 2019.