CIMB Tidak Menyediakan Sokongan Apple Pay Pada Waktu Ini
Effi Saharudin
Lewat malam tadi perkhidmatan Apple Pay mula ditawarkan di Malaysia dengan sokongan bank utama seperti Maybank, Ambank dan Standard Chartered. Tetapi ada juga beberapa bank utama yang masih belum menyokongnya seperti CIMB, Public Bank dan UOB. Dalam hal CIMB, akaun media sosial CIMB telah mengesahkan pada waktu ini mereka tidak menyediakan sokongan Apple Pay.

Tidak diberitahu sama ada ia akan hadir ataupun tidak dalam masa terdekat. Bank-bank lain juga belum memberikan sebarang kenyataan rasmi menerusi laman media sosial media untuk menyokong Apple Pay. Menarik dalam hal UOB kerana mereka menyokong Apple Pay di negara lain tetapi tidak di Malaysia. Bagi mereka yang mempunyai akaun bank yang menyokong Apple Pay anda boleh menggunakan tutorial di bawah untuk menambah kad ke dalam Apple Pay.
[info] Tutorial – Bagaimana Tambah Kad Ke Apple Wallet Melalui iPhone? [/info]

Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.