Oppo Dan OnePlus Menghentikan Jualan Peranti Di Jerman
Effi Saharudin
Oppo dan OnePlus menghentikan jualan peranti mereka di pasaran Jerman semalam selepas didapati menggunakan teknologi 5G milik Nokia tanpa membayar lesen yang diperlukan. Oleh sebab itu Oppo dan OnePlus menghentikan jualan kesemua peranti sementara mereka berurusan dengan Nokia.

Sebelum ini Oppo dan OnePlus menandatangani perjanjian menggunakan teknologi selular milik Nokia tetapi tempoh persetujuan telahpun tamat. Perjanjian baharu tidak ditandatangani kerana kedua-dua syarikat gagal mendapatkan persetujuan. Nokia kemudian berjaya menyaman Oppo kerana terus menggunakan teknologi 4G dan 5G pada Julai lalu mereka tanpa membayar lesen.
Walaupun peranti tidak lagi dijual, Oppo akan meneruskan sokongan perisian dan perkakasan kepada pelanggan sedia ada. Tidak diketahui sama ada jualan peranti Oppo dan OnePlus akan diteruskan di Jerman selepas ini.
[sumber] Sumber – Winfuture [/sumber]
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.