Spotify percaya bahawa podsiar akan menjadi popular beberapa tahun yang lalu dan percaturan mereka mendatangkan hasil dengan mereka menjadi hos kepada rancangan Joe Rogan yang mempunyai jumlah penstrim tertinggi di dunia. Tetapi semenjak mengintegrasikan podsiar ke dalam aplikasi, muka hadapan aplikasi menjadi sedikit berserabut.
Hari ini Spotify mengumumkan antaramuka skrin hadapan baharu yang mengasingkan muzik dengan podsiar. Terdapat tab di atas yang membolehkan pengguna memilih untuk hanya mendengar muzik dan satu lagi tab untuk podsiar. Dengan ini proses mencari kandungan baharu, saranan album dan saranan senarai main untuk muzik serta podsiar dapat dilihat tanpa mengelirukan pengguna.
Pada waktu ini antaramuka baharu ini akan diberikan kepada pengguna aplikasi Android terlebih dahulu bermuka hari ini dengan aplikasi iOS akan menerimanya pada satu tarikh yang belum diumumkan.