Google Akan Disaman DOJ Kerana Perniagaan Iklan Yang Didakwa Anti Persaingan
Effi Saharudin
Google boleh digunakan secara “percuma” dengan bayaran diberikan dalam bentuk pengiklanan yang disasarkan menggunakan sejarah carian pengguna. Berdasarkan data ini, Google menjadi keuntungan berbilion Dolar menerusi perniagaan pengiklanan mereka. Menurut laporan Bloomberg, Google kelak akan disaman oleh Jabatan Keadilan A.S (DOJ) kerana perniagaan pengiklanan mereka didakwa anti persaingan.

Saman mungkin akan difailkan seawal bukan hadapan selepas siasatan dilakukan sejak pentadbiran Presiden Donald Trump lagi. Ini bukan saman pertama difailkan DOJ ke atas Google. Sebelum ini mereka disaman kerana perniagaan enjin carian mereka turut didakwa anti persaingan.
Di Perancis Google bersetuju membayar denda €220 Bilion kerana sistem pengiklanan Google Ad Manager yang digunakan merekan untuk membida slot didapati memberikan kelebihan kepada Google AdX berbanding pesaing.
[sumber] Sumber – Bloomberg [/sumber]