Carian
Google Mengatakan RCS, WhatsApp Dan Signal Lebih Baik Daripada iMessage
August 10, 2022 Fahim Zahar

Google sehingga hari ini masih tidak berpuas hati dengan Apple kerana tidak mahu mengintegrasikan sistem RCS dalam iMessage. Menurut Google, mereka sudah ada bukti yang RCS adalah sistem pemesejan yang lebih selamat dan lengkap berbanding iMessage yang bermasalah.

Google ingin Apple menghentikan penggunaan pemesejan buih hijau dan biru agar semua pengguna dapat menikmati penggunaan pemesejan yang lebih menyeluruh. Dua bulan lepas, Google mengejek Apple dengan lagu Drake Text Go Green.

Terkini, Google memalukan Apple secara umum melalui satu laman web khusus menjemput orang ramai untuk membantu Apple sedar dan terima mesej yang ingin mereka sampaikan iaitu mula gunakan RCS yang lebih selamat. Mereka cuba menularkan mesej @Apple #GetTheMessage

Laman web ini turut memaparkan semua kekurangan iMessage seperti tidak boleh hantar mesej ke peranti Android jika tiada WiFi, saiz imej yang kecil, masalah sekuriti, dan banyak lagi. Google turut mengadakan kempen di TikTok dan Twitter menjemput orang ramai untuk “membantu” Apple memulakan peralihan ini.

Malah, Google turut memberitahu orang ramai gunakan Signal atau WhatsApp sebagai alternatif kepada iMessage.

Komen