Cari @ Amanz

Shell memulakan ujian pembayaran minyak TNG RFID secara nirsentuh di lima stesen minyak mereka awal tahun ini. Hari ini sistem pembayaran nirsentuh ini dikembangkan pula 88 stesen terpilih di seluruh negara.

Pelanggan hanya perlu mengaktifkan ciri pembayaran di pam minyak di dalam aplikasi Touch ‘n Go eWallet. Pam yang menyokong sistem RFID akan mengesan kenderaan dan kemudian pengguna perlu memilih jumlah minyak yang ingin dibeli. Sekiranya jumlah minyak yang dipam adalah lebih rendah dari yang dibeli, baki akan dikreditkan semula ke akaun pengguna.

Menjelang Disember tahun ini, Shell mempunyai perancangan untuk menambah sokongan pembayaran TNG RFID ke 200 lagi stesen minyak. Sistem pembayaran secara nirtunai menerusi aplikasi adalah ciri yang semakin popular dengan ia ditawarkan di stesen Petronas menerusi Setel dan Caltex menerusi CaltexGo.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd