Carian
Disney Kini Mempunyai Lebih Ramai Pelanggan Perkhidmatan Penstriman Berbanding Netflix
August 11, 2022 Effi Saharudin

Takhta platform penstriman paling besar dunia kini berpindah ke Disney selepas ini mengumumkan mempunyai 221.1 juta pelanggan dalam laporan kewangan terkini yang diterbitkan semalam. Mereka dengan mudah memintas Netflix yang hanya mempunyai 220.7 juta pelanggan berbayar.

Walaubagaimanapun, angka ini bukan untuk platform Disney+ semata-mata, sebaliknya turut menyertakan beberapa platform penstriman milik Disney, termasuk ESPN dan Hulu.

Majoriti lebih 14 juta pelanggan baharu pada suku yang lalu tinggal di luar pasaran Amerika Utara. Jumlah pelanggan baharu melangkaui sasaran 10 juta yang diletakkan pada suku terdahulu. Serentak dengan pengumuman ini juga, harga langganan Disney+ akan dinaikkan di Amerika Syarikat bermula Disember 2022.

Harga langganan sebulan ialah $10.99 berbanding $7.99 sebelum ini. Pada waktu yang sama langganan dengan sokongan iklan kini ditawarkan pada harga $7.99 sebulan.

ia tidak diketahui lagi sama ada pengguna di Malaysia akan terkesan dengan kenaikkan harga atau tidak, memandangkan kita dibawah Hotstar.

Komen