Motorola X30 Pro Kini Rasmi Dengan Kamera Utama 200MP, Skrin 144Hz Dan Snapdragon 8+ Gen 1

Diterbitkan pada Ogos 11, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Serentak dengan pelancaran Motorola Razr 2022, Motorola X30 Pro juga dilancarkan sekali sebagai telefon pintar pertama dengan kamera sebesar 200MP. Ini mengesahkan ura-ura selama ini bahawa Motorola akan menjadi yang pertama menggunakan sensor 200MP ISOCELL HP1.

Peranti turut dilengkapi skrin 6.7″ FHD+ OLED melengkung dengan kadar segar semula 144Hz, dijana cip Snapdragon 8+ Gen 1, memori 12GB RAM LPDRR5, storan sehingga 512GB UFS 3.1 dan bateri yang tidak diketahui kapasitinya tetapi menyokong pengecasan 125W menggunakan pengecas GaN.

Kamera utama sudut lebar 200MP dipadankan dengan ultra sudut lebar 50MP dan telefoto 12MP. Kamera utama bersaiz amat besar tetapi kamera swafoto juga tidak kurang hebatnya sebesar 60MP. Hanya lensa sudut lebar dilengkapi sistem penstabilan OIS.

Sistem operasi yang digunakan ialah Android 12 dengan pelancar myui 4.0. Sistem audio stereo yang diberikan menyokong Dolby Atmos tetapi peranti tidak mempunyai bicu audio. Di China Motorola X30 Pro dijual pada harga RM 3499 (~RM2307)untuk 8/128GB, RMB 3999 (~RM2637) untuk 12/256GB dan RMB 4299 (~RM2835) 12/512GB.

komen


© Amanz / 2022 Kami