Carian
Xiaomi Melancarkan CyberOne – Robot Berbentuk Manusia
August 11, 2022 Effi Saharudin

Xiaomi memperlihatkan robot berbentuk manusia mereka pertama mereka yang diberi nama CyberOne. Robot ini berketinggian 177cm dan sebesar 52 kilogram. Ini adalah satu perkembangan robotik dari Xaomi yang sebelum ini melancarkan CyberDog – robot anjing pertama mereka.

Robot berbentuk manusia ini berwarna hitam dan putih degan kemampuan berjalan sendiri serta boleh melakukan perbualan dengan manusia sama seperti CyberDog. Berdasarkan demo yang ditunjukkan di atas pentas, CyberOne tidak berjalan dengan begitu pantas sekitar 3.6 km/j sahaja.

Kemampuan memproses CyberOne adalah lebih tinggi berbanding CyberDog kerana kemampuan yang lebih kompleks. Ia bukan untuk dijual tetapi sekadar digunakan sebagai platform kajian robotik oleh Xiaomi pada waktu ini.

Komen